Saturday, January 07, 2012

MenCaRi AnNur...

Ada org tu kata blog sy tak glemer.. tak ramai pembaca.. dia lupa agaknya.. yg sy dah declare.. "aku menulis.. bukan kerana nama.. ".. semua akan tertulis mengikut rasa..    lps kotok blog ai.. pastuh suh jemput dia jd penulis jemputan plak... mujur kita ada hubungan istimewa.. so ai kata ok lah...   so utk catatan hari ini.. sy tampilkan.. penulis jemputan saya (wpun dia yg jemput diri dia senirik..).. sila sila... buat cam blog senirik yer....


An-Nur.



Sungguh pelik si Adam…melihat satu nama disebelah nama Tuhannya…bertanya la Adam….siapalah gerangannya itu…bukankah aku kekasihNya…kenapakah ada nama lain disebelah nama kekasihNya…soal adam…jawab Tuhannya…kerana nama itu lah dijadikan semua yang ada dilangit mahu pun dibumi…terungkailah segala kekusutan difikiran si Adam…rupanya ada lagi yang cahaya yang belum dizahirkan…itu la rahasia tuhan…sampai masa…terungkai untuk semua makhluk dibumi dan dilangit mencarinya…bertebaran la semua ke pelusuk alam….


Lahirnya ke alam nyata…bercahaya…seluruh pelusuk alam terang benderang….hairan sungguh…cahaya apakah ini…sungguh terang…cahaya ini telah menutup pintu alam dewa-dewi…kesedihan alam dewa-dewi berterusan..cahaya alam sudah menerangi..tiada lagi hubungan alam manusia dengan dewa-dewi..seluruh alam bertakbir…


Turunnya cahaya membawa rahmat….rahmat ke seluruh alam..mungkinkah terungkai alif, lam dan mim….mencari-carilah sang rajawali…


Rahmat yang dibawa bersama cahaya…bertebaran lagi seluruh makhluk alam ini..mencari rahmat itu…pelbagai jalan dirungkai..satu demi satu…mencari jalan menuju tuhannya…sungguh pelik cahaya ini…satu cahaya…pelbagai jalan pula yang terbentang..mana satu kah jalannya…jalan menuju ke sorga kah…ke neraka kah..atau pon jalan menuju Tuhannya…


Arakian itu, berjual beli la makhluk alam ini untuk cagaran syurga Tuhan..semua yang dirasa dan terlihat diniagakan ..sehinggakan semuanya bertuhankan sorga…sehingga lupa kepada kasih Penciptanya…neraka menjadi ketakutannya..sorga menjadi idamannya…terfikir sang rajawali…apakah sudah hilang rahmat yang diturunkan Tuhan kepada makhluknya…terbang lagi sang rajawali…tinggi menuju cahaya….di manakah cahaya itu…bukan kah cahaya itu membawa rahmat…oo….lupa pula sang rajawali…belum lagi terungkai yang tersirat..cahaya yang terlalu terang sehingga membutakan mata alam…tersimpan lagi rahasia tuhannya…


Membawa la sang rajawali mencari jalan tengah..tiada kekiri…tiada kekanan..jalan menuju Tuhannya …tiada apa cagaran yang mahu ditukarkan..tiada apa yang menjadi ketakutannya..yang ada hanyalah sekeping hati…putih bersih…bercahaya….seperti baru dilahirkan dari perut ibunya…balik pulang sediakala…mempersembahkannya kepada Tuhan…bertemu Kekasihnya…tiada bersyarat…membawa cinta yang agung…cinta yang diterangi oleh cahaya seluruh alam…cahaya….yang membawa kepada kasih sayang yang abadi…berdendanglah ia..dengan nama Tuhan yang ada padanya Ar Rahman dan Ar Rahim…ditumpahkan sedikit kepada alam ini..untuk semua merasa…nikmat syukur ... dan kasih sayang.


-Rajawali-


Amacam?.. agak2 bleh jemput lagi tak MaMat ni... @ nasihatkan dia bukak blog senirik... reti ke dia? ngeh ngeh ngeh...


SeAdaNya

4 comments:

Anonymous said...

x paham weh...

Tajul Adli said...

ada jugak orang macam neh..

fazira said...

mula mula ingtkan Adam yg menulis. rupanya Rajawali.

hm. bolehla kott kalau nk jmput lg. tp suh dia wat belog sendiri pun ok jugakk. tgk 'glamer' ke x mcm wakjono! nnt. hik hik.

pis yo!

KecIk said...

cik anon : tak paham tak ngaper..
tajul : ada
fazira : hahah.. wak jono mana blh lawan.. dia otai maa..